Saturday, October 24, 2020

Selamat Datang ke Blog kami

MPU21032 Pengahayatan Etika Dan Peradaban

Tajuk : Konsep Perlembagaan 
(Sejarah , Definisi dan konsep perlembagaan)




Pensyarah : Miss Dayangku Farah Azeila Awang Mohammat
                    (Pensyarah Jabatan Pengajian Am Politeknik Mukah,Sarawak)

Ahli Kumpulan : 
  1. Nurul Nadzirah Binti Ahamad (20DDT19F1015)
  2. Sharifah Nurulain Binti Wan Shadon (20DDT19F1013)
Sesi : Jun 2020

___________________________________________________________________________________




Kebanyakan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dalam bentuk bertulis termasuk Malaysia. Namun terdapat juga perlembagaan dalam bentuk tidak bertulis, iaitu sejenis perlembagaan yang di kumpul dan hanya dikanun di dalam satu dokumen. Perlembagaan merupakan undang- undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.

DEFINISI PERLEMBAGAAN.

  • Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negera itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat dan peraturan yang lazim dipakai.
  • Ia bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan.
  • Ia juga menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara peilihan serta pelantikan pemerintah.
  • Perlembagaan ialah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara bagi menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara.
  • Perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat
  • Bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Ia telah mula digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal. Perlembagaan digubal di Parlimen dengan tiga kali pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 ahli dari dewan rakyat.

DEWAN RAKYAT



SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

         Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai. Kemudian nama itu diubah pula kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 selepas pembentukan Malaysia. Pembentukan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang. Ia bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang atau lebih dikenali dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).

            Semasa Perang Dunia Kedua (1942 - 1945), Jepun menakluki Tanah Melayu. British kembali menduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baharu, iaitu Malayan Union pada April 1946. Walau bagaimanapun, bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentanganyang hebat daripada orang Melayu. Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan Perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Persuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.

               Majlis Perundangan mengandungi anggota rasmi dan sembilan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Daripada perjanjian ini, lahirnya satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. Perlembagaan ini dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

                Pada tahun 1954, rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di London telah gagal kerana British beranggapan bahawa Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan penuh. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengadakan rundingan ke Landon buat kali kedua bagi membuat rundingan berkenaan tarikh kemerdekaan untuk negara dan berbincangan mengenai penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Dikenali sebagai London Constitutional Conference 1956. Akhirnya, Britain bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

RUNDINGAN KE ARAH KEMERDEKAAN

                 Parti Perikatan yang menang majoriti pada Pilihan Raya 1955 dan menjadi kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London. Ini adalah untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Melalui persidangan tersebut telah berjaya menubuhan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengerusikan oleh Kord Reid (England), Sir Ivor Jennings (UK), Sir William Makell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Pelantikkan ini bagi mengelakkan masalah berat sebelah.

                Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya. Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Akhirnya, draf perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957. Dengan itu, Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

             Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.

PERANAN PERLEMBAGAAN
  • Kewujudan perlembagaan kepada sesebuah negara adalah sangat penting. Ini kerana dengan wujudnya perlembagaan, ia akan menjamin riwayat sesebuah negara bangsa sentiasa relevan dengan perubahan zaman.
  • Peranan Perlembagaan:
    • Mewujudkan pemerintahan yang adil
    • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
    • Alat penyelesaian masalah
    • Mengekalkan riwayat negara bangsa
    • Menjaga kestabilan negara.

JENIS PERLEMBAGAAN.
  • Perlembagaan Bertulis
    • Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen.
    • Mengandungi tiga sifat utama:
      • Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
      • Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan,tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasn asasi.
      • Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindung perlembagaan
  • Perlembagaan Tidak Bertulis
    • Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.
    • Contohny, Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.
Malaysia mengamalkan Perlembagaan Bertulis,iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.
             

Selamat Datang ke Blog kami MPU21032 Pengahayatan Etika Dan Peradaban Tajuk : Konsep Perlembagaan  (Sejarah , Definisi dan konsep perlembaga...